top of page
20 Clear Signs You Are The Child Of Toxic Parents.jpeg

Kesan Kesan Stratifikasi Sosial

Stationary photo
School

SEKOLAH

Sekolah (Bahasa Greek: scholeion) merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan pendidikan kepada pelajar, yang merujuk sesiapa yang belajar di situ. Struktur sekolah moden mungkin dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat (IT) atau sekadar bilik darjah sahaja. Selain itu, sekolah biasanya mempunyai beberapa tenaga pengajar atau guru untuk mendidik dan membimbing pelajar. Biasanya seorang itu akan melalui beberapa jenis sekolah dan institusi pendidikan bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan  akhirnya ke universiti.

Infographic_ 15+ Actionable Social Media Marketing Tips - Online Marketing Institute.jpeg

Institusi sosial

Nickerson (2022) menyatakan institusi sosial merupakan pola-pola tingkah laku kelompok sesebuah masyarakat yang telah dipersetujui seperti undang-undang. Meyer (1977) pula menyatakan institusi sosial adalah sebagai satu cara yang standard diwujudkan, khususnya untuk mengatasi pelbagai masalah masyarakat seperti menguruskan kematian, pengagihan makanan, kuasa dan sebagainya.

Texting
Toddler Trippin'_ The Four Stages of Dreaming Big with Littles - Latched Mama.jpeg

Keluarga

Keluarga adalah salah satu kelompok atau kumpulan manusia yang hidup bersama sebagai satu kesatuan tau unit masvarakat terkecil dan biasanya ada hubungan darah, ikatan perkawinan atau ikatan lainnya, tinggal bersama dalam satu rumah yang dipimpin oleh seorang ketua keluarga. .

12 Earth-Friendly Products to Celebrate Earth Day!.jpeg

KESAN TERHADAP MASYARAKAT

Masyarakat ialah satu konsep yang paling penting dalam memahami hubungan etnik. Terdapat pelbagai pendapat yang diberikan dalam mendefinisikan konsep masyarakat. Ralph Linton (1936) melihat masyarakat sebagai "Kelompok manusia yang telah cukup lama hidup bersama dan saling bekerjasama sehingga dapat mengorganisasikan dir dan meletakkan dir mereka sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas tertentu". Lucy Mair (1965) pula menyatakan "masyarakat adalah satu gagasan yang terdiri daripada manusia yang saling berhubungan secara kolektif dengan mampunyai hak dan tanggungjawab yang saling mengiktiraf'. Menurut definisi Kamus Dewan (2005), masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan peraturan dan cara tertentu.

Masyarakat Berubah

01

Masyarakat Melahirkan Kebudayaan

Manusia dalam kelompok mencipta kebudayaan untuk memenuhi keperluan hidup, walaupun kebudayaan berbeza antara masyarakat bergantung kepada keperluan masing-masing.

02

Masyarakat mengalami perubahan dalam aspek kehidupan seperti bilangan ahli, sistem ekonomi, politik, dan sosial disebabkan oleh faktor luaran dan dalaman seperti migrasi, pertembungan budaya, dan pertambahan bilangan penduduk.

03

Masyarakat Saling Berhubungan

Masyarakat berinteraksi secara formal dan tidak formal antara satu sama lain, termasuk dalam hubungan dua hala seperti antara individu dalam masyarakat atau dalam urusan pentadbiran, dan hubungan tidak formal seperti antara ahli keluarga dan sesama jiran.

Worker with Ladder

KESAN UMUM TERHADAP SEKOLAH DAN KOMUNITI

Kebatasan untuk menunjukkan bakat

Stratifikasi sosial boleh menyebabkan pemborosan bakat di kalangan pelajar. Pelajar dari golongan yang terpinggir mungkin tidak dapat mengakses program pendidikan atau kemahiran yang sesuai dengan bakat atau minat mereka, menyebabkan potensi mereka tidak dapat diteroka sepenuhnya.

Jurang Prestasi Akademik

Pelajar dari golongan yang kurang berdaya mungkin menghadapi cabaran dalam mencapai pencapaian akademik yang sama dengan rakan-rakan dari golongan yang lebih berkuasa. Ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti akses terhadap sumber daya yang terhad, sokongan keluarga yang kurang, atau persepsi guru terhadap pelajar dari golongan tertentu.

Fitness

Ketidakseimbangan dalam Persepsi dan Perlakuan Guru

Guru mungkin cenderung untuk mempunyai persepsi yang berbeza terhadap pelajar berdasarkan latar belakang sosial mereka. Ini boleh mengakibatkan ketidakseimbangan dalam perlakuan dan sokongan yang diberikan kepada pelajar, yang boleh mempengaruhi prestasi akademik dan perkembangan sosial mereka.

bottom of page